Tips Merancang Anak Lelaki
[ TIPS MERANCANG JANTINA BAYI. RUPANYA RASULULLAH PUN ADA AJAR ]
" Doc, anak saya dah 3orang. Semuanya perempuan. Sebenarnya hati ini terdetik nak menimang anak lelaki. Kalau doc ada ilmu atau amalan boleh kongsi dengan saya tak. "
Biasanya bila dapat soalan macamni, saya berfikir sekejap. Menyusun kata2 bertahap. Yelah, soal merancang jantina anak ini bukan isu baru, viral dari zaman tok nenek moyang kita lagi. Bermacam jenis petua yang dikongsi. Ada yang menjadi ada juga yang tidak.
Memandangkan kakak ipar Sai sendiri ada anak 5 orang, selang seli antara lelaki dan perempuan, jadi Sai terfikir untuk berkongsi beberapa pandangan yang agak lojik dan bernas dari sudut sains dan pandangan agama.
Kita pernah dengar, isteri memikul 'tanggungjawab' penuh menentukan jantina anak samaada lelaki atau perempuan. Sebenarnya, itu hanyalah mitos.
Yang betulnya kita manusia ni terbentuk daripada kromosom XY atau XX. XY itu lelaki dan XX adalah perempuan.
Satu X datang dari isteri, satu X atau Y datang dari suami.
Ini bermakna benih suami 100% berperanan menentukan bayi didalam kandungan samaada bayi lelaki atau perempuan.
Menurut Dr Landrum Shettles dan David Rorvik, 75% pasangan boleh usaha memilih jantina bayi mereka. Cuma sebagai orang islam, kita wajib letakkan pergantungan kepada Allah sesudah usaha kan.
.
Ok kita mulakan.
Ok kita mulakan.
.
TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK LELAKI.
TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK LELAKI.
1) PEMAKANAN.
Banyakkan makanan yang tinggi kandungan alkali seperti pisang. Genetik lelaki yang ada di dalam benih suami cenderung bertahan di dalam cecair yang bersifat alkali. Begitu juga isteri. Air kelapa dan buah tembikai adalah makanan beralkali. Boleh google sumber makanan lain.
Banyakkan makanan yang tinggi kandungan alkali seperti pisang. Genetik lelaki yang ada di dalam benih suami cenderung bertahan di dalam cecair yang bersifat alkali. Begitu juga isteri. Air kelapa dan buah tembikai adalah makanan beralkali. Boleh google sumber makanan lain.
2) WAKTU BERSAMA
Benih bayi lelaki bergerak laju dan jangka hayatnya pendek. Berbeza dengan benih bayi perempuan (X), ia bergerak perlahan dan agresif.
Jadi bila isteri berada dalam fasa subur, benih lelaki akan bergerak pantas bergabung dengan ovum, cuma anda perlu kenalpasti waktu mana yang sesuai untuk benih lelaki mendapatkan ovum.
Jadi bila isteri berada dalam fasa subur, benih lelaki akan bergerak pantas bergabung dengan ovum, cuma anda perlu kenalpasti waktu mana yang sesuai untuk benih lelaki mendapatkan ovum.
Jadi anda kena tahu bila waktu subur.
.
** CARA KIRAAN WAKTU SUBUR **
** CARA KIRAAN WAKTU SUBUR **
1) Kenalpasti tempoh kitaran haid bulan ni dan bulan seterusnya.
Contoh kitaran haid anda bulan ni hingga bulan depan adalah selama 28 hari. Jadi, jumlah ini tolakkan dengan angka 14.
28 - 14 = 14.
28 - 14 = 14.
So, hari ke 14 selepas hari pertama period itu adalah waktu subur anda.
2) Ovulation kits.
Boleh beli ovulation kit di farmasi. Ia indikator macam pregnancy test, sejenis alat untuk mengesan waktu subur. Baca arahan di kotak. Cuma cara ini sesuai untuk mereka yang period teratur.
Boleh beli ovulation kit di farmasi. Ia indikator macam pregnancy test, sejenis alat untuk mengesan waktu subur. Baca arahan di kotak. Cuma cara ini sesuai untuk mereka yang period teratur.
3) Keluar cecair umpama putih telur.
Hormon estrogen yang tinggi semasa waktu subur akan memberi kesan pada dinding faraj wanita.
Jadi cecair yang likat umpama putih telur antara tanda anda dalam fasa subur.
Jadi cecair yang likat umpama putih telur antara tanda anda dalam fasa subur.
Untuk ikhtiar anak lelaki, seeloknya bersama dengan pasangan SEMASA atau BEBERAPA JAM SELEPAS fasa subur. Kenapa beberapa jam selepas? Sebab jangka hayat ovum sangat pendek. Ia hidup dalam tempoh lebih kurang 36 jam sahaja.
Waktu ni kita nak tangkap benih Y iaitu benih baby boy untuk senyawakan dengan ovum, sebab benih ni jangka hayat pendek dan bergerak laju berbanding benih X.
.
.
TIPS UNTUK ANAK PEREMPUAN.
1) PEMAKANAN.
Berbeza dengan tips pemakanan anak lelaki. Untuk ikhtiar anak perempuan, banyakkan makanan yang tinggi kandungan asid seperti tenusu, keju dan butter. Protein seperti daging dan telur turut membantu. Genetik perempuan yang ada di dalam benih suami cenderung bertahan di dalam cecair yang bersifat asidik. Boleh google sumber makanan yang lain.
Kelembapan faraj isteri penting untuk berada dalam keadaan asidik, ini cenderung untuk buat benih perempuan bertahan lama survive semasa proses mencari ovum. jadi ikhtiar makanan berasid ya.
2) WAKTU BERSAMA
Benih bayi lelaki bergerak laju dan jangka hayatnya pendek. Berbeza dengan benih bayi perempuan (X), hayatnya panjang.
Seeloknya bersama dgn pasangan SEBELUM waktu subur. Sebab jangka hayat benih bayi perempuan yang panjang akan bergerak perlahan menuju ke bahagian peranakan. Menunggu sel ovum keluar untuk disenyawakan.
Rasulullah S.A.W ada bersabda,
"Air (sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma perempuan, maka bayi yang lahir insya Allah lelaki.
Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma perempuan mengalahkan sperma lelaki, maka bayi yang lahir insya Allah perempuan”
(Sahih Muslim : 315)
(Sahih Muslim : 315)
Penjelasan yang saya faham di sini jika suami mencapai klimaks dahulu sebelum isteri, inshaAllah peluang untuk dptkan bayi lelaki adalah tinggi kerana klimaks isteri sesudah suami memberi gelombang air dan membantu benih bayi lelaki berenang pantas ke arah ovum.
Begitulah sebaliknya, jika isteri mencapai klimaks dulu , peluang untuk mendapat anak perempuan pula adalah tinggi.
Wallahualam.
.
Suka saya tekankan, apapun ilmu yg kita kongsi, semuanya dengan izin Allah untuk menjadikannya realiti. Apa yg penting, kita usaha dan bertawakkal
Suka saya tekankan, apapun ilmu yg kita kongsi, semuanya dengan izin Allah untuk menjadikannya realiti. Apa yg penting, kita usaha dan bertawakkal
.
Pesanan saya kepada yang sudah menimang anak, baik lelaki atau perempuan, dahulukan syukur.
Pesanan saya kepada yang sudah menimang anak, baik lelaki atau perempuan, dahulukan syukur.
Alhamdulillah atas nikmat zuriat yang Allah kurniakan. Saat kita terfikir untuk merancang jantina anak, masih berbaki lebih dari 3 juta pasangan di Malaysia yang mengalami masalah kesuburan dan mandul.
.
.
semoga bermanfaat ☺
.
.
terbalik lah , istri mau klimaks dulu baru dapat anak lelaki
ReplyDelete